Suami isteri diragut 'bikers'

No Image Caption
A
A
A

TUMPAT - Sepasang suami isteri kerugian RM1,100 selepas diragut 'bikers' ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya, semalam.

Dalam kejadian jam 3.40 petang di kampung Kutan Tengah di sini, mangsa berusia 61 dan 60 tahun didatangi dua lelaki menunggang motosikal berkuasa tinggi dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, beg tangan mangsa ditarik dengan kuat oleh pemboceng motosikal berkuasa tinggi tersebut.

"Kejadian berlaku dengan pantas dan suami isteri tersebut tidak mampu berbuat apa-apa.

"Jarak lokasi kejadian kira-kira 300 meter dari kediaman penduduk," katanya.

Bagaimanapun katanya, ketika kejadian tiada saksi yang nampak kes ragut terbabit.

Menurutnya, di dalam beg yang diragut itu mengandungi wang tunai RM1,100, MyKad, kad bank dan buku bank.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!