Tiada bantahan batal warta tanah kubur

Dr Nik Mohd Azlan (kanan) ketika sidang media di pejabatnya hari ini.
Dr Nik Mohd Azlan (kanan) ketika sidang media di pejabatnya hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Tiada bantahan dibuat ketika pihak berkuasa negeri meminta individu atau waris yang berhajat untuk membantah pembatalan warta tanah Makam Langgar Lama, Jalan Gajah Mati dekat sini.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan (Maik), Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, pada 1 Februari 2006 pihaknya menerima permohonan daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) yang mahu membangunkan lot tanah berkenan.

“Perkara ini sudah diuar-uarkan melalui masjid berhampiran dan kain rentang mengenai pengumuman berkenaan namun tiada waris yang tampil,” katanya ketika sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Menurutnya, setelah tiada bantahan, bayaran istibdal sebanyak RM2.2 juta diberikan kepada Maik untuk menggantikan tanah kubur lain.

“Untuk kita kenal pasti waris agar sukar kerana kubur itu berusia lebih 200 tahun. Kami buat mengikut syariah. Maik lantik petugas khas untuk operasi pemindahan ke Tanah Perkuburan Islam Mukim Tanjung Chat.

Artikel Berkaitan:


“Kubur raja masih ada di sana yang lain tiada dalam catatan sahih kalau ada sekalipun kita urus dan pindah secara baik. Ada kubur raja diminta oleh keluarga untuk dipindahkan ke kubur Banggol.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!