Vertonghen tinggalkan Benfica demi masa depan

Vertonghen meraikan gol sulungnya bersama Anderlecht baru-baru ini. - Foto news.trenddetail.com
Vertonghen meraikan gol sulungnya bersama Anderlecht baru-baru ini. - Foto news.trenddetail.com
A
A
A

TONGGAK pertahanan Anderlecht, Jan Vertonghen mengakui dia meninggalkan Benfica setelah memikirkan mengenai masa depannya bersama kelab berkenaan.

Menurut pemain berusia 35 tahun itu, dia sebenarnya tidak merancang untuk meninggalkan Benfica pada musim panas kali ini.

Bagaimanapun menurut pemain berusia 35 tahun itu, dia mengubah fikiran hanya dalam tempoh 24 jam selepas itu dengan bersetuju menerima tawaran daripada Anderlecht.

“Keputusan menyertai Anderlecht dibuat pada saat-saat akhir. Bayangkan, hanya dalam 24 jam saya membuat keputusan untuk meninggalkan kelab yang telah saya wakili sejak 2020 lalu.

“Malah, saya juga pernah memikirkan untuk ‘menggantung but’ di sini (Benfica), namun semuanya berubah dalam sekelip mata.

“Terima kasih kepada pihak pengurusan dan penyokong Benfica. Kita mungkin akan berjumpa lagi, tetapi dalam suasana dan ketika yang berbeza,” katanya.

Ketika ini, kesemua urusan perpindahan Vertonghen melibatkan kontrak, ujian perubatan, semuanya telah selesai dilakukan dan dia sudah boleh mula beraksi dengan kelab baharunya itu.

Vertonghen merekodkan pernah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Tottenham Hotspur selama lapan musim (2012-2020), sebelum menyertai Benfica.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai keputusannya menyertai Anderlecht, Vertonghen berkata, ia sebenarnya melibatkan masa depannya dalam sukan bola sepak.

“Saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan Benfica. Saya memang merancang untuk terus bermain di sini.

“Tetapi, apabila saya sering berada di bangku simpanan, ia membuatkan saya mulai berfikir mengenai masa depan saya dan ia menjadi faktor mengapa saya menerima tawaran daripada Anderlecht,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!