Bekas Ketua Menteri Melaka meninggal dunia

Foto Facebook Sulaiman.
Foto Facebook Sulaiman.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Adib Mohamad Adam meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Rabu.

Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menerusi satu hantaran di Facebook rasmi beliau.

Sulaiman turut merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga di atas pemergian Allahyarham.

“Bagi pihak kerajaan negeri Melaka, saya merakamkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarham, Datuk Seri Mohd Adib Mohamad Adam, mantan Ketua Menteri Melaka dan Menteri Persekutuan, hari ini.

“Allahyarham merupakan mantan Ketua Menteri Melaka kelima bagi tempoh 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982.

“Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri Penerangan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan.

“Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, Al-Fatihah,” katanya pada Rabu.

Allahyarham dijangka dikebumikan selepas Asar di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ulu Klang.

Artikel Berkaitan:

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Bukit Palah, di sini, pada jam 9.20 malam ini.

Jenazah Allahyarham yang tiba kira-kira jam 7.45 malam dari Kuala Lumpur, kemudiannya disolatkan di Masjid Al-Azim, sejurus selesai solat Isyak.

Solat jenazah diimamkan Imam Besar Masjid Al-Azim, Datuk Mohammad Hashim Al-Hafiz itu turut disertai Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi, Datuk Rais Yasin.

Turut serta Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari dan Mufti Negeri Melaka, Datuk Abd Halim Tawil dan orang ramai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!