Runtuhan kuari: Cebisan tulang mangsa kedua dibawa keluar

Sebahagian cebisan tulang dipercayai milik mangsa kedua dibawa keluar dari lokasi runtuhan. - Foto Bomba Perak
Sebahagian cebisan tulang dipercayai milik mangsa kedua dibawa keluar dari lokasi runtuhan. - Foto Bomba Perak
A
A
A

SIMPANG PULAI - Sebahagian cebisan tulang milik mangsa kedua yang tertimbus dalam tragedi batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, Mac lalu berjaya dibawa keluar dari tapak runtuhan pada Rabu.

Dalam operasi sekitar jam 2.45 petang itu, cebisan tulang dan rangka manusia terbabit kemudiannya diserahkan kepada polis bagi tujuan pengesahan identiti.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, kerja-kerja mengeluarkan sebahagian lagi tulang milik mangsa akan dilakukan pada Khamis.

Menurutnya, anggota bomba terpaksa menghentikan sementara operasi berkenaan pada jam 3 petang atas faktor keselamatan berikutan keadaan cuaca hujan.

"Hanya sebahagian sahaja (tulang) yang dah dibawa keluar dan telahpun diserahkan kepada polis.

"Oleh kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan, operasi disambung esok (Khamis) untuk pencarian sisa-sisa lain," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Operasi sama akan disambung semula pada Khamis bermula jam 8 pagi.

Penemuan kedua ini menjadikan kedua-dua mangsa, Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49, yang tertimbus semasa kejadian 8 Mac lalu berjaya dikesan dan dibawa keluar.

Artikel Berkaitan:

Proses bedah siasat dan ujian (DNA) akan dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi mengesahkan identiti kedua-dua mangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!