'Kita kena bina lebih banyak hospital dari stadium'
Doktor aktivis, Dr Malar Santhi Santherasegapan berkata, antara pengajaran yang boleh Malaysia ambil setelah dilanda pandemik Covid-19 selama dua tahun ialah untuk bina lebih banyak hospital.
Tambah beliau, sistem penjagaan kesihatan di mana-mana negara di dunia perlu sangat kuat, stabil dan bersedia pada bila-bila masa jika dilanda wabak yang tidak disangka-sangka.
Menurut Dr Malar, wabak penyakit boleh melanda antara lima hingga sepuluh tahun dan ia mampu memusnahkan situasi pentadbiran dan ekonomi sesebuah negara.
Banyak lagi yang beliau kongsikan dalam program Bersama Johan Jaaffar yang disiarkan pada Rabu (21 September 2022).
SAKSIKAN VIDEO PENUH DI: https://www.youtube.com/watch?v=kdnGyx2v93Q&t=120s
#BersamaJohanJaaffar #SinarHarian #Malaysia #doktor #doktoraktivis #doktorselebriti #DrMalarSanthi #CelotehDrMalar #Covid19 #rakyatmarhaen