Dadah: Ramaja 17 tahun ditahan
Penolong Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Aman Mustpha berkata, ketika serbuan dilakukan, remaja tersebut yang sudah setahun menjalankan aktiviti itu didapati sedang membuat urusan jual beli melibatkan pengguna di kawasan tersebut.
Menurutnya, melalui pengalaman ujian saringan di peringkat sekolah sebelum ini, remaja yang sama pernah positif pil kuda dan dalam proses pemerhatian berkala daripada pihak kami.
"Remaja tersebut akan mendapat RM30 keuntungan atas nilai jualannya disyaki mendapatkan bekalan terus daripada pengedar melalui bukti akses telefon bimbitnya.
“Remaja ini anak tunggal, mungkin dia banyak terdedah dengan aktiviti penjualan bahan terlarang ini sehingga berani menjadi pembekal dan sebagainya.
"Melalui telefon bimbitnya, ramai yang ‘order’ barangan tersebut dan remaja ini akan hantar kepada pembeli,” katanya kepada media pada sidang media di sini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!