Polis Thailand kongsi maklumat dengan Malaysia

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

BANGKOK - Polis Thailand berkata, mereka telah berkongsi semua maklumat mengenai penculikan wanita Malaysia dari rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 13 September dengan rakan setugas mereka di Malaysia.

Namun, ketua polis Narathiwat, Pol Maj Jen Waesamae Salae, enggan mengulas mengenai maklumat yang dikongsinya dengan polis Malaysia.

"Kami bekerjasama dengan polis Malaysia... Mereka mempunyai semua maklumat,” katanya kepada Bernama.

Pada 13 September ejen kosmetik itu diculik dari rumahnya di Kampung Semat Jai, Tumpat pada kira-kira 5.10 petang.

Empat suspek dalam sebuah kereta dipercayai menculik wanita bekenaan dan membawanya ke negara jiran melalui jeti haram di Tumpat.

Susulan kejadian itu, polis menahan tiga individu, termasuk suami wanita berkenaan, bagi membantu siasatan kes.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Zaki Harun berkata, berdasarkan siasatan, suami mangsa, ahli sindiket pengedaran dadah, dipercayai berselisih faham dengan anggota lain sindiket itu dan ia mungkin jadi punca kejadian itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!