Sukma 2022: Pulau Pinang, Terengganu mara ke final

Barisan pemain skuad Pulau Pinang.
Barisan pemain skuad Pulau Pinang.
A
A
A

SKUAD bola sepak Pulau Pinang kini selangkah untuk meraih ibu segala pingat emas temasya Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022, apabila menewaskan Kuala Lumpur 1-0 di peringkat separuh akhir sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pulau Pinang berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-37 menerusi sepakan penalti Mohd Danial Irfan Mohd Nadzri.

Tersentak dengan gol tersebut, pasukan Kuala Lumpur cuba bangkit dengan mengatur semula corak permainan namun tiada sebarang jaringan terhasil pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, benteng pertahanan Pulau Pinang dilihat kekal utuh meskipun diasak beberapa kali oleh barisan serangan Wilayah Persekutuan.

Bagai jatuh ditimpa tangga, skuad Wilayah Persekutuan terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas Muhammad Iman Fakhrullah dilayangkan kad merah pada minit ke-88 selepas mengasari pemain Pulau Pinang.

Kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat dibunyikan sekaligus menyaksikan Pulau Pinang bakal menempah pertembungan bertemu Terengganu pada aksi final yang dijadual berlangsung pada Jumaat ini.

Dalam aksi separuh akhir di Stadium Mini Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) petang tadi, skuad Terengganu melakar kemenangan 2-1 ke atas Selangor.

Gol-gol Terengganu dijaringkan Muhamad Muslihuddin Atiq Mat Zaid dan Muhammad Zahim Raimi Zamani nanakal jaringan tunggal Selangor dihasilkan oleh Muhamad Azim Muzahhir Saipu Azlan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!