Jangan ambil bahan terlarang

Elly Cascandra menasihatkan atlet yang bertanding di temasya Sukma MSM 2022 supaya tidak mengambil sebarang barang terlarang.
Elly Cascandra menasihatkan atlet yang bertanding di temasya Sukma MSM 2022 supaya tidak mengambil sebarang barang terlarang.
A
A
A

PEMENANG pingat emas acara angkat berat kategori bawah 55 kilogram (kg) dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Elly Cascandra Engelbert menasihatkan atlet yang bertanding di temasya dwitahunan itu supaya tidak mengambil sebarang barang terlarang.

“Kalau boleh tolonglah jangan ambil bahan terlarang ini sebab susah untuk sampai ke tahap ini. Lebih baik angkatan kita itu biar bersih. Jadi, jangan ambil risiko dengan cara yang sangat singkat.

“Bila dengar berkaitan isu ini di Sukma mestilah saya terkejut. Kenapa mereka sanggup ambil? Alasan tidak perasan dengan pengambilan bahan seperti itu tidak relevan.

“Tapi saya tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara itu, hanya fokus kepada diri saja,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian pingat di Kompleks Kejiranan, Presint 11 pada Rabu.

Pada edisi ke-20 kali ini, Elly berjaya merekodkan angkatan seberat 76kg untuk snatch dan 93kg untuk clean & jerk dan menjadikan jumlah angkatan keseluruhan, 169kg sekali gus mengesahkan pingat emas menjadi miliknya.

Manakala, Marthini Chan dari Sarawak meraih pingat perak dengan jumlah angkatan keseluruhan seberat 152kg (67kg, 85kg) dan pingat gangsa menjadi milik Alia Adani Johari dari Terengganu selepas merekodkan 141kg (61kg, 80kg).

“Saya puas hati sebab dapat kekalkan pingat emas semasa di Sukma Perak 2018. Saya tidaklah terlalu yakin untuk dapat emas hari ini, tapi saya tetap cuba yang terbaik.

“Memandangkan ini adalah Sukma terakhir, jadi saya berpuas hati dan gembira bila dapat sumbang emas untuk negeri Sabah,” ujar Elly.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!