'Kritikan terhadap Southgate melampau' - Grealish

Grealish (kiri) mempertahankan Southgate yang berdepan kritikan ekoran prestasi hambar England. - Foto Agensi
Grealish (kiri) mempertahankan Southgate yang berdepan kritikan ekoran prestasi hambar England. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN Manchester City, Jack Grealish mempertahankan pengurus England, Gareth Southgate yang berdepan kritikan ekoran prestasi buruk Three Lions pada musim panas.

Menjelang Piala Dunia pada November, skuad Southgate berada di ambang penyingkiran daripada saingan peringkat kumpulan Liga Negara-Negara.

Three Lions akan menentang Itali di Milan pada awal pagi Sabtu.

England gagal mencapai kemenangan dalam empat aksi Liga Negara-Negara pada Jun termasuk kekalahan memalukan kepada Hungary di Wembley.

Bagaimanapun bagi Grealish, kritikan pedas itu tidak adil buat pengurus yang membawa negaranya ke final Euro 2020 dan separuh akhir Piala Dunia 2018.

"Kami mara ke final tahun lalu dan kemudian menentang Hungary (kami tewas 0-1) pada permulaan kempen terakhir.

"Saya fikir sebelum itu kami tewas selepas 90 minit ketika menentang Belgium pada November 2020," kata Grealish.

Pemain antarabangsa itu juga menyifatkan kritikan tersebut sebagai melampau.

Artikel Berkaitan:

"Pendapat saya kritikan itu keterlaluan terutama jika anda melihat pada Piala Dunia lalu dan Euro. Anda boleh lihat betapa bagus pasukan ini dan pengurusnya sendiri.

"Ia jelas agak keras tetapi kadang-kadang itu yang anda dapat jika anda seorang Inggeris. Bagi saya ia perlu adil!" ujar Grealish.

Pemain sayap City itu turut dikritik selepas kurang menyerlah di Liga Perdana Inggeris bersama The Citizens sejak berpindah dari Aston Villa tahun lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu menjaringkan gol pertamanya musim ini ketika menang 3-0 di Wolves Sabtu lalu dengan rakan sepasukan, Kevin De Bruyne berpendapat pemain Inggeris menjadi sasaran kritikan yang tidak adil.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!