Gagal seludup rokok, minuman keras RM8.8 juta

Yu Min (dua dari kiri) menunjukkan rokok yang dirampas di Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu.
Yu Min (dua dari kiri) menunjukkan rokok yang dirampas di Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Tiga kontena berisi rokok dan minuman keras bernilai RM8.8 juta yang cuba diseludup ke negeri ini berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah dalam dua kes berasingan di Pelabuhan Sepanggar, di sini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Sabah, Cheong Yu Min berkata, rampasan dilakukan pada 10 dan 18 September lalu selepas pihak JKDM berjaya mengesan barangan seludup terbabit melalui hasil imbasan daripada mesin pengimbas di kawasan Pelabuhan Sepanggar.

"Kes pertama pada 10 September, sebuah kontena ditahan mengandungi 10.2 batang rokok putih disyaki barang larangan dengan anggaran nilai harga sebanyak RM980,000 manakala anggaran nilai duti dan cukai sebanyak RM6.82 juta.

"Kes kedua pula pada 18 September, dua kontena di pelabuhan sama ditahan selepas disyaki cuba menyeludup masuk minuman keras pelbagai jenama.

"Hasil pemeriksaan awal dianggarkan mengandungi 52,272 liter minuman keras disyaki barang larangan dengan anggaran nilai harga sebanyak RM261,360, manakala anggaran nilai duti dan cukai terlibat adalah RM816,750," katanya pada sidang akhbar di Pelabuhan Sepanggar di sini pada Khamis.

Beliau berkata, modus operandi bagi kes ini adalah mengikrar dagangan import dengan barang lain dengan tujuan menyeludup bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 135 (a) Akta Kastam 1967," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!