LTdL: Laluan trafik empat negeri, Putrajaya ditutup berperingkat esok
KUALA LUMPUR - Beberapa batang jalan akan ditutup secara berperingkat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Putrajaya bagi memberi laluan kepada peringkat ketiga acara lumba basikal berprestij Petronas Le Tour De Langkawi (LTdL) 2019, esok.
Petronas, selaku penganjur utama perlumbaan itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu melibatkan laluan di daerah Muar (Johor) hingga ke Putrajaya, bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan mengawal pergerakan perlumbaan.
“Penutupan bermula pada 11.30 pagi hingga 12.20 tengah hari melibatkan laluan di daerah Muar, iaitu bermula dari Stadium Sultan Ibrahim hingga ke Petronas Kesang, (11.30 pagi hingga 12.20 tengah hari) dan dari Sekolah Menengah Sains Muar hingga ke Sekolah Kebangsaan Kesang, (11.41 pagi hingga 12.31 tengah hari).
“Di Melaka, Lebuh AMJ (19) akan mula ditutup kepada lalu lintas bermula 11.53 pagi hingga 12.34 tengah hari, Jalan Merlimau/Jasin (M25) (over PLUS Highway), (12.06 tengah hari hingga 1 tengah hari), MRSM Tun Ghaffar Baba hingga Green Masjid, (12.26 tengah hari hingga 1.09 tengah hari), Jalan Tangkak hingga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), (12.30 tengah hari hingga 1.27 tengah hari), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Durian Tunggal hingga Persimpangan Taman Nuri, (12.52 tengah hari hingga 1.36 tengah hari) dan dari Parit Melana hingga Pengkalan (1 tengah hari hingga 1.49 tengah hari),” katanya.
Selain itu, laluan yang turut ditutup di negeri itu ialah dari Kolej Vokasional Datuk Sri Mohd Zin hingga Lebuh AMJ (19) dari pukul 1.10 tengah hari hingga 1.57 tengah hari, Kawasan Rehat dan Rawat Simpang Ampat hingga Brisu (1.19 tengah hari hingga 2.09 petang) dan dari Sekolah Kebangsaan Sungai Siput hingga Petronas Lubok China, (1.34 tengah hari hingga 2.23 petang).
“Di Negeri Sembilan, dua laluan turut terlibat dalam penutupan iaitu dari Kampung Sungai Timun hingga Balai Polis Linggi (1.47 tengah hari hingga 2.36 petang) dan dari sempadan daerah JKR Seremban hingga Proton Showroom, (2.09 petang hingga 3.14 petang),” katanya.
Katanya, laluan sempadan Negeri Sembilan-Selangor, iaitu dari Petronas D’Ambang Kota hingga Milestone Klang 94 turut ditutup bermula 2.39 petang hingga 3.14 petang.
Di Selangor, hanya dua laluan akan ditutup kepada lalu lintas iaitu bermula dari Kampung Chinchang hingga Kota Seriemas, (3.10 petang hingga 3.51 petang dan Kampung Lembah Paya hingga ke Route (B18), (3.12 petang hingga 4.20 petang).
Laluan di Putrajaya akan mula ditutup kepada aliran trafik bermula di Putrajaya/Cyberjaya (Route 29) hingga Persiaran Perdana, (3.41 petang hingga 4.33 petang), dari Jambatan Seri Gemilang hingga Lebuh Wawasan, (3.53 petang hingga 4.39 petang) dan Jambatan Seri Wawasan hingga Perbadanan Putrajaya, (4 petang hingga 4.42 petang).
Petronas juga menasihatkan orang ramai dan peminat sukan berbasikal yang bercadang untuk menyaksikan atau menyertai aktiviti sampingan di Dataran Putrajaya sempena perlumbaan itu membuat perancangan awal dengan menggunakan laluan alternatif atau pengangkutan awam dan mematuhi arahan lalu lintas untuk keselamatan.
Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web LTdL 2019 di www.ltdlangkawi.my atau Facebook, Twitter dan istagram @ltdlangkawi. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!