Rasuah: Dua naratif masih belenggu Melayu Islam
SHAH ALAM - Profesor Seni Bina Islam Universiti UCSI, Prof Dr Mohd Tajudin Mohd Rasdi berpandangan terdapat dua naratif berkaitan rasuah yang masih membelenggu masyarakat Melayu beragama Islam di negara ini.
Beliau berkata, pertama adalah perang naratif yang menghalalkan beberapa perbuatan seperti rasuah, menipu dan memfitnah.
Naratif kedua menurutnya, apa-apa kesalahan yang dilakukan seseorang itu tidak menjadi satu permasalahan sekiranya individu terbabit pernah berbuat kebaikan.
"Saya dapati bahawa orang Islam dan Melayu memikiran bahawa apabila dia buat apa-apa pun salah, apabila bina dua buah tiga masjid, bawa orang pergi haji maka sudah selesai semua.
"Jadi ini adalah dua naratif yang saya lihat sendiri dalam tulisan-tulisan WhatsApp yang mana percayalah... isu tentang rasuah ini adalah tidak masuk dalam minda orang Melayu," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar Khas yang bertajuk Korupsi dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu: Perlunya Disegerakan Transformasi Moral-Etika yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Khamis.
Wacana khas tersebut menampilkan panel berprofil tinggi iaitu Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar dan Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abu Hafiz Salleh Hudin.
Sesi wacana khas itu dikendalikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!