Lori gagal berhenti langgar 6 kenderaan

Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan sebuah lori yang gagal berhenti hingga melanggar enam kenderaan lain.
Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan sebuah lori yang gagal berhenti hingga melanggar enam kenderaan lain.
A
A
A

GUA MUSANG - Sebuah lori yang gagal berhenti walaupun sudah ditekan brek melanggar enam kenderaan dalam kemalangan di Kilometer (KM) 8 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku pada jam 3 petang.

“Lori tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia 31 tahun tahun.

“Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang dipandu lelaki itu gagal berhenti walaupun selepas ditekan brek kemudian melanggar enam kenderaan di hadapannya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, pada Khamis.

Beliau berkata, akibat daripada kemalangan tersebut, dua mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan tangan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Gua Musang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!