Kawalan ketat sekitar Mahkamah Tinggi Shah Alam
SHAH ALAM - Petugas media beratur untuk mendapatkan pas masuk ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi mengikuti perkembangan keputusan melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) di sini, pada Jumaat.
Petugas media sebelum ini diminta untuk mengisi borang pendaftaran beberapa hari sebelum ini sebelum dibenarkan membuat liputan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Kawalan keselamatan ketat oleh petugas keselamatan hanya membenarkan petugas media berdaftar sahaja dibenarkan masuk bagi membuat liputan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!