Dua PPS masih dibuka di Batu Pahat, Pontian

PPS SK Kampung Sawah dibuka pada Khamis bagi menempatkan penduduk terjejas banjir.
PPS SK Kampung Sawah dibuka pada Khamis bagi menempatkan penduduk terjejas banjir.
A
A
A

BATU PAHAT - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat 8 pagi Jumaat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan berkata, seramai 44 mangsa daripada 11 keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading, dekat sini.

PPS itu yang mula dibuka sejak Rabu lepas menempatkan mangsa banjir dari kawasan terjejas seperti Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Kampung Seri Tanjung dan Pekan Seri Gading.

Sementara itu, PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sawah, Pontian, semalam, melibatkan mangsa banjir dari Jalan Kurnia dan Kampung Maju Jaya.

Bagaimanapun, hanya terdapat 13 mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!