Maklumat peribadi 9.8 juta pelanggan telekomunikasi dicuri

Penggodam berjaya mendapatkan maklumat hampir 10 juta pelanggan syarikat Optus di Australia. - Foto Reuters
Penggodam berjaya mendapatkan maklumat hampir 10 juta pelanggan syarikat Optus di Australia. - Foto Reuters
A
A
A

SYDNEY - Maklumat peribadi milik hampir 10 juta pelanggan mungkin terjejas akibat penggodaman besar-besaran yang telah dilakukan ke atas penyedia kedua syarikat telekomunikasi terbesar di negara itu, dedah firma itu pada Jumaat.

Ketua Eksekutif Optus, Kelly Bayer Rosmarin berkata, seorang 'pelaku' yang cekap berada di belakang serangan siber itu sehingga dia berjaya mendapat akses terhadap maklumat 9.8 juta pengguna syarikat tersebut.

Data yang diakses termasuk nama pelanggan, tarikh lahir, nombor telefon, alamat e-mel, sejumlah nombor lesen memandu dan pasport.

Tiada kata laluan atau butiran bank diambil, menurut firma milik Singapura itu.

Masih belum jelas sama ada serangan itu datang daripada organisasi berasaskan negeri atau jenayah tetapi Bayer Rosmarin berkata, tiada tuntutan wang tebusan telah dibuat berhubung penggodaman itu.

"Masih terlalu awal untuk menolak sebarang kemungkinan," katanya seperti dilaporkan AFP sambil menambah bahawa polis dan kerajaan Australia sedang menyiasat penggodaman itu.

"Kami belum tahu siapa penyerang ini dan apa yang mereka mahu lakukan dengan maklumat ini. Pelanggan Optus harus mengambil langkah segera untuk melindungi semua akaun mereka terutamanya akaun bank dan kewangan mereka.

"Mereka juga harus memantau aktiviti luar biasa pada akaun anda dan berhati-hati terhadap hubungan penipu," kata Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia itu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!