Tenis: Kakak tewaskan adik untuk raih emas Sukma

Sara Alisha beraksi menentang adiknya, Anja Samia dalam acara Akhir Tenis Perseorangan Wanita pada Sukma 2022 di Kompleks Sukan Jalan Duta pada Jumaat. - Foto Bernama
Sara Alisha beraksi menentang adiknya, Anja Samia dalam acara Akhir Tenis Perseorangan Wanita pada Sukma 2022 di Kompleks Sukan Jalan Duta pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

ATLET tenis Terengganu Sara Alisha Nayar berdepan detik 'gembira dalam duka' selepas menewaskan adiknya Anja Samia Nayar, sekali gus meraih emas acara tenis perseorangan wanita Sukan Malaysia (Sukma) MSN ke-20 pada Jumaat.

Pada perlawanan final berlangsung di Kompleks Sukan Jalan Duta, pertemuan pasangan beradik mewakili kontinjen Terengganu itu mempamerkan permainan cukup menarik sebelum Sara Alisha, 21, mendahului perlawanan set pertama dengan keputusan 6-1.

Tidak diberikan laluan mudah kepada kakaknya, Anja Samia, 17, bangkit di set kedua dan seketika berjaya mendahului 1-2 sebelum dominasi itu ditamatkan menerusi kemenangan Sara Alisha 7-4 dalam perlawanan berlangsung lebih sejam itu.

"Pengalaman yang pahit dan manis buat saya, namun sudah pasti saya gembira untuk menang namun turut sedih kerana kalahkan adik (Anja). Kami bermain dengan baik sekali di final ini.

"Jika diikutkan berlawan dengan Anja lebih sukar, kerana dia merupakan pemain pilihan pada Sukma ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Mitsuki meraih emas selepas menewaskan atlet Selangor Darrshan Suresh 6-0, 7-5 dalam acara Akhir Tenis Perseorangan Lelaki. - Foto Bernama
Mitsuki meraih emas selepas menewaskan atlet Selangor Darrshan Suresh 6-0, 7-5 dalam acara Akhir Tenis Perseorangan Lelaki. - Foto Bernama

Bekas atlet kebangsaan itu dalam masa sama memaklumkan, kemenangan diraihnya sekali gus menebus pingat emas yang tidak berjaya dibawa pulang pada Sukma 2016 di Sarawak selepas hanya meraih perak bagi acara itu.

Dalam pada itu bagi kategori lelaki menyaksikan atlet tenis Perak Mitsuki Leong Wei Kang meraih emas acara itu selepas menewaskan atlet Selangor Darrshan Suresh 6-0, 7-5 untuk meraih perak.

Artikel Berkaitan:

Gangsa acara itu menjadi milik atlet Negeri Sembilan Naufal Siddiq Kamaruzzaman. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!