PerlindunganKu Allianz4All kini di pasaran

Sean Wang
Sean Wang
A
A
A

ALLIANZ Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) secara rasminya melancarkan PerlindunganKu Allianz4All, sebuah insurans kemalangan peribadi mampu milik yang juga boleh ditebus di bawah Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) oleh kerajaan.

PerlindunganKu Allianz4All menawarkan dua pelan perlindungan – Pelan 1 (RM50) menawarkan perlindungan kematian atau kecatatan kekal akibat kemalangan sehingga RM20,000 dan pendapatan hospital harian RM50, setiap hari, sehingga 30 hari setiap tahun.

Sementara itu, Pelan 2 (RM75) menawarkan perlindungan kematian atau kecatatan kekal akibat kemalangan sehingga RM25,000 dan pendapatan hospital harian RM100 setiap hari, sehingga 30 hari setiap tahun. Penerima Bantuan Keluarga Malaysia juga boleh menggunakan peruntukan RM75 di bawah PTV untuk membeli mana-mana pelan PerlindunganKu Allianz4All.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang berkata, insurans adalah untuk melindungi diri dan orang yang tersayang, kerana itulah pihaknya menawarkan pilihan perlindungan yang mampu milik pada masa ini.

"Melalui PerlindunganKu Allianz4All, kami boleh memperluaskan penawaran produk yang boleh dimanfaatkan lebih ramai orang dan paling penting ia membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan selayaknya,” katanya.

Jelas beliau, pelanggan yang membeli PerlindunganKu Allianz4All juga akan menerima perlindungan Covid-19 secara percuma di bawah Kempen PerlindunganKu Covid-19.

"Dengan memberikan butiran nombor telefon dan alamat emel mereka apabila membeli PerlindunganKu Allianz4All, pelanggan juga akan menerima Manfaat Kematian RM10,000 untuk kematian akibat Covid-19 atau kesan sampingan vaksin Covid-19 dan pendapatan hospital harian atau RM50 sehari untuk rawatan Covid-19 sehingga maksimum 30 hari setiap tahun.

"PerlindunganKu Allianz4All ialah produk pertama Allianz Malaysia di bawah siri Allianz4All Untuk Semua baharunya. Siri produk tersebut akan merangkumi nilai-nilai sejagat untuk memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia dan telah distrukturkan selari dengan prinsip kewangan Islam dan akan melengkapi produk sedia ada Allianz Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Allianz4All, layari Allianz.com.my/allianz4all.