Tak sempat jumpa cucu, warga emas maut dipijak gajah liar

Mangsa Samsiah Arshad, 67, dalam perjalanan bersama suaminya menaiki motosikal untuk melawat cucu mereka maut dipijak seekor gajah liar yang mengamuk.
Mangsa Samsiah Arshad, 67, dalam perjalanan bersama suaminya menaiki motosikal untuk melawat cucu mereka maut dipijak seekor gajah liar yang mengamuk.
A
A
A

TAWAU - Seorang wanita warga emas maut dipercayai akibat dipijak seekor gajah liar yang mengamuk berhampiran kawasan Dumpas, Jalan Merota-Kalabakan dekat sini pagi Jumaat.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 7.30 pagi sewaktu mangsa Samsiah Arshad, 67, dalam perjalanan bersama suami Tahir Salleh, 60-an menaiki motosikal dari Kampung Hidayat Batu 4 di sini menuju ke Kongsi 4 Ladang Kelapa Sawit Cenderamata untuk melawat cucu mereka.

Dalam kejadian itu suami mangsa selamat.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Hidupan Liar Tawau, Primus Lambut berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes gajah liar mengamuk di kawasan Dumpas.

"Gajah ini bukan gajah betina bunting yang sebelum ini pernah dilaporkan sesat memasuki kawasan pekan Merotai kerana gajah itu sudah dihalau ke hutan...gajah ini lain, ia tidak memakai kolar," katanya lagi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!