Undian referendum Ukraine bermula

Pengundian bagi referendum di empat wilayah Ukraine, bermula Jumaat bagi memberi peluang kepada penduduk untuk memilih sama ada mereka mahu menjadi sebahagian daripada Rusia. - Foto EPA
Pengundian bagi referendum di empat wilayah Ukraine, bermula Jumaat bagi memberi peluang kepada penduduk untuk memilih sama ada mereka mahu menjadi sebahagian daripada Rusia. - Foto EPA
A
A
A

ANKARA - Pengundian bagi referendum di empat wilayah Ukraine, bermula Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Pengundian berjalan dari Jumaat hingga Selasa di Luhansk, Donetsk, Kherson dan Zaporizhzhia, bagi memberi peluang kepada penduduk untuk memilih sama ada mereka mahu menjadi sebahagian daripada Rusia.

Undian dibuka dari 8 pagi hingga 4 petang di Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson, manakala waktu pengundian di Donetsk ditutup pada 8 malam.

Atas sebab keselamatan, pengundian secara peribadi hanya dibenarkan pada hari terakhir, 27 September, manakala pada hari-hari lain, undian dijalankan dalam komuniti serta dari pintu ke pintu, menurut laporan media tempatan

Luhansk dan Donetsk yang dikawal oleh puak pemisah, serta Kherson dan Zaporizhzhia, sebahagiannya dalam kawalan Rusia, mengumumkan mengenai referendum penuh kontroversi itu awal bulan ini,

Keputusan itu dikutuk secara meluas oleh masyarakat antarabangsa, dengan negara Eropah dan Amerika Syarikat menyifatkannya sebagai referendum "palsu” dan mengumumkan bahawa hasil undian itu tidak akan diiktiraf. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!