Kalah PRU14 ada hikmahnya

Zaidy (kiri) bergambar bersama Iskandar dan Abdul Shukur.
Zaidy (kiri) bergambar bersama Iskandar dan Abdul Shukur.
A
A
A

KUNDANG - Yang Dipertua Pas Selayang, Zaidy Abdul Talib menasihati ahlinya untuk terus istiqamah dalam perjuangan walaupun mengalami kekalahan teruk di Selangor pada PRU lalu.

Bekas ADUN Taman Templer itu berkata, kekalahan itu pasti ada hikmahnya dan ahli perlu melihatnya dari sudut positif.

"Pas hanya menang satu kerusi di Selangor tapi BN hilang pentadbiran peringkat Pusat. Kita dah berdoa dan berusaha tapi ALLAH SWT belum berkehendakkan kita menang.

"Sebalik kekalahan ini pasti ada hikmahnya. Hari ini Pas dan UMNO membentuk kesepakatan ummah dan berharap penyatuan ini mampu memberikan kemenangan jauh lebih besar suatu hari nanti," katanya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas Selayang kali ke-36, hari ini.

Mesyuarat bertempat di Dewan Sri Kundang itu dirasmikan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Turut hadir Ketua UMNO Selayang, Datuk Abdul Shukur Idrus dan wakil MIC serta Ikatan.

Zaidy berkata, Pas adalah parti yang mempunyai pendirian apabila memilih keluar daripada bekerjasama dengan Pakatan Rakyat demi memperjuangkan syiar agama.

"Pas tidak gila kuasa sebaliknya mahu merampas kuasa dari 'orang gila'. Jadi sebagai ahli kita kena setia dan taat bagi membolehkan pimpinan fokus mengatur strategi.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH kita akan turun ke bawah dan menjelaskan hal ini kepada ahli-ahli dalam usaha memperkemaskan kesatuan dan perpaduan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!