Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Rasuah: Pemandu lori dipenjara 14 hari, denda RM15,000 

23 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 23 SEPTEMBER 2022

Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini selepas mengaku bersalah memberi rasuah kepada Penolong Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan, 10 tahun lalu.

Tertuduh, Chu Tuan Kang, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Rushan Lutfi Mohamed dan mahkamah menetapkan hukuman penjara 14 hari bermula dari tarikh jatuh hukum hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh secara rasuah memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada seorang Penolong Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Negeri Sembilan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki barang kawalan iaitu minyak diesel bersubsidi tanpa permit dan dokumentasi yang sah, yang juga merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan

Artikel: https://bit.ly/3R5xZ7S

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #rasuahbusters #MalaysiaBerintegriti