Presiden AS tidak tahu turun pentas
NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden seolah-olah keliru apabila dia kelihatan seperti tidak tahu tempat hendak dituju ketika keluar dari tempat ucapannya pada Persidangan Dana Global di New York baru-baru ini.
Ketika tepukan diberikan selepas ucapannya, Biden, 79, mula keluar dari tempat ucapannya sebelum berhenti secara tiba-tiba dan melihat sekeliling dengan wajah seperti beliau sedang berada dalam keadaan keliru.
Beliau juga seolah-olah terlupa bagaimana untuk turun dari pentas dan melakukan beberapa langkah dalam keadaan yang perlahan.
Ketika jurucakap majlis tersebut mengucapkan terima kasih kepadanya selepas memberikan ucapan dengan menggunakan mikrofon, Biden menoleh ke arahnya sebelum beliau terus berjalan ke tepi pentas sambil mendengarnya bercakap di atas pentas.
Video tersebut mula tersebar di media sosial dan sejak itu menjadi tular apabila seorang Senator AS dan pekerjanya mengambil berat tentang apa yang telah berlaku ke atas Presiden negara mereka itu.
"Mengerikan. Ini Ketua Komander kami," menurut ciapan Senator Texas, Ted Cruz di Twitter yang berkongsi klip video itu di akaunnya sendiri.
Penasihat komunikasi Cruz, Steve Guest menambah dalam ciapan di Twitter: "Joe Biden benar-benar hilang arah di atas pentas. Menakutkan dan menyedihkan."
Klip langkah yang janggal dan tular di media sosial itu adalah sebagai satu lagi contoh keraguan mengenai kecergasan fizikal dan mental Biden untuk menggalas jawatan presiden.
Pada Ahad lalu semasa beliau diwawancara dalam program 60 Minutes, Biden menolak cadangan bahawa beliau terlalu tua atau tidak layak untuk bertanding semula pada tahun 2024 bagi merebut kembali jawatan Presiden AS. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!