2,070 kes baharu Covid-19, tiga kematian

Malaysia merekodkan 2,070 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. Gambar hiasan
Malaysia merekodkan 2,070 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia merekodkan 2,070 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan tiga daripadanya kes import, manakala kes aktif dicatatkan adalah sebanyak 25,717.

Portal CovidNow menunjukkan daripada keseluruhan kes pesakit Covid-19 yang masih aktif, sebanyak 24,528 atau 95.4 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah manakala seorang pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data itu turut menunjukkan seramai 1,134 pesakit Covid-19 dilaporkan ditempatkan di hospital dengan 54 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kes sembuh baharu Covid-19 yang direkodkan pada Jumaat ialah 2,009 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,766,228.

Pada masa yang sama, negara ini turut merekodkan tiga kematian baharu akibat wabak tersebut pada Jumaat.

Daripada jumlah itu, satu kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!