PN, MN ibarat pasangan 'madu': Pas

Nik Muhammad Zawawi (empat dari kanan) memasang perangkap kumbang sebagai gimik perasmian semasa mengadakan lawatan ke projek tanaman kelapa di Gong Tengah, Pasir Puteh pada Sabtu.
Nik Muhammad Zawawi (empat dari kanan) memasang perangkap kumbang sebagai gimik perasmian semasa mengadakan lawatan ke projek tanaman kelapa di Gong Tengah, Pasir Puteh pada Sabtu.
A
A
A

PASIR PUTEH - Pas menyifatkan hubungan antara parti itu dengan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) diibaratkan seperti seorang lelaki berkahwin dua.

Setiausaha Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, parti itu yang bertindak sebagai 'suami' akan terus berusaha menyatupadukan kedua-dua isteri.

"Isteri pertama dan kedua tidak pernah setuju jadi Pas sebagai suami meraikan kedua-duanya.

"Harus diingat penyatuan ummah ini melibatkan soal Islam dan bukannya agenda politik UMNO (MN) dan Bersatu (PN)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke projek tanaman kelapa di Gong Tengah di sini pada Sabtu.

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, usaha yang digerakkan oleh Pas ini berkisarkan kepada pendekatan dibuat oleh Rasulullah SAW semasa pembukaan Kota Madinah dengan menyatukan semua penduduk di bawah agenda Islam.

Beliau berkata, selari dengan Islam sebagai dasar perjuangan Pas menjadikan penyatuan ummah itu sebagai perkara penting yang perlu dilaksanakan.

Nik Muhammad Zawawi berkata, dalam apa jua keadaan Pas sentiasa membuka pintu dengan UMNO bagi memastikan penyatuan ummah ini menjadi realiti.

"Bersatu sudah bersama dengan Pas dan ia sesuatu yang bagus. Sekarang ini kita nak satukan umat Islam.

Artikel Berkaitan:

"Saya yakin benda ini akan berjaya, biasalah peringkat 'bergaduh' macam hidup bermadu. Bila dah 'sejuk' saya yakin kita dapat satukan (Bersatu dengan UMNO)," katanya.

Beliau berkata, usaha itu akan diterima baik oleh seluruh rakyat pada masa hadapan.

Menurutnya, Pas melihat pengundi akan memberikan sokongan penuh kepada parti yang mahu membentuk penyatuan.

"Banyak kali pengundi memberitahu mereka akan menolak kumpulan yang tidak menyokong penyatuan ummah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!