Lelaki curi gelang emas bergerak solo

PDRM
PDRM
A
A
A

ALOR SETAR – Lelaki yang ditahan pada Khamis kerana melarikan gelang emas dari sebuah premis di Jalan Putra di sini, dipercayai bergerak sendirian.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, suspek berusia 21 tahun terbabit menggunakan kenderaan sendiri ketika mencuri barangan kemas itu.

"Suspek mengunjungi sebuah kedai terletak di bandar Alor Setar sebelum melarikan diri menaiki kenderaan jenis Volkswagen selepas mengambil barangan kemas di kedai terbabit.

“Apabila, pihak kedai emas menyedari lelaki ini melarikan diri, dia meminta pertolongan memandangkan suspek melarikan diri menggunakan kereta. Suspek pula tersangkut dalam kesesakan jalan raya di persimpangan lampu Isyarat Jalan Tambang Badak dan orang awam membantu menahan suspek lalu diserahkan kepada polis,” katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas program ‘Corporate Social Responbility (CSR) ATS Automobile di Pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Setar, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan daripada wakil ATS Automobile kepada wakil Baitul Ahmad pada program ‘Corporate Social Responbility (CSR) ATS Automobile dan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPD) Kota Setar di Pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Setar, di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan daripada wakil ATS Automobile kepada wakil Baitul Ahmad pada program ‘Corporate Social Responbility (CSR) ATS Automobile dan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPD) Kota Setar di Pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Setar, di sini, pada Sabtu.

Ahmad Shukri berkata, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti motif kejadian.

“Setakat ini, ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia bukan penagih dan lelaki ini bekerja dengan ibu sendiri.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki yang tular di aplikasi Tik Tok kerana dipercayai melarikan gelang emas dari sebuah kedai di Jalan Putra ditahan polis pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, beliau menasihatkan pemilik premis kedai emas memasang kamera litar tertutup (CCTV) atau sentiasa menyelenggara peralatan itu di premis mereka.

Katanya, rakaman CCTV di kedai itu didapati sangat membantu polis termasuk kes terbaharu terbabit dan satu lagi kes samun kedai emas pada minggu lepas.

Sebelum itu, ATS Automobile dan IPD Kota Setar menyantuni anak-anak yatim Rumah Kebajikan Baitul Ahmad untuk menyelami perasaan sekali gus membantu golongan terbabit.

ATS Automobile menyalurkan sumbangan lebih RM27,000 kepada rumah kebajikan terbabit dan penyerahan peralatan mengecat kepada Ahmad Shukri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!