Anthony Loke dedah strategi DAP untuk PRU15
DAP akan mengetengahkan lebih ramai calon Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mengisi kekosongan kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Setiausaha Agung DAP, ANTHONY LOKE SIEW FOOK berkata, langkah itu antara lain sebagai usaha memperkasakan kepelbagaian dalam kepimpinan DAP.
Beliau dalam masa sama turut menjangkakan pertambahan kerusi bagi calon DAP pada PRU15 berikutan pembahagian semula kerusi Bersatu pada PRU14.
“Sebab pada PRU lepas, kebanyakan kerusi majoriti Melayu kita serahkan kepada Bersatu. Jadi untuk PRU akan datang ini, kita akan bertanding di lebih banyak kerusi termasuk di kerusi majoriti Melayu.
“Faktor pendaftaran pengundi automatik juga memberi implikasi kepada kerusi-kerusi sedia ada kita menjadikan kerusi campuran menjadi kerusi majoriti Melayu,” jelas Anthony Loke.
Ikuti wawancara eksklusif wartawan Sinar Ahad, NURHIDAYAH HAIROM bersama beliau yang memberi sudut pandang mengenai hala tuju menjelang PRU15 yang semakin hampir.
Ikuti wawancara penuh bersama Anthony Loke di Sinar Premium.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!