Southgate yakin mampu kemudi England di Piala Dunia
PENGENDALI England Gareth Southgate yakin dia masih individu yang tepat bagi membawa cabaran Three Lions ke Piala Dunia Qatar November ini.
Menurut Southgate, dia percaya pasukannya akan segera mendapatkan keserasian meskipun mencatat keputusan yang kurang baik dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
“Saya berasakan kami perlu menerima kritikan atas prestasi buruk ini. Bagaimanapun Saya masih yakin bahawa saya pilihan tepat untuk membawa pasukan ini ke Qatar.
“Saya tidak fikir berkenaan prestasi (menentang Itali) dan saya tahu ia akan mendapat lebih banyak kritikan kerana kami tewas dalam perlawanan tersebut.
“Bagaimanapun saya rasa pasukan akan serasi sebelum Piala Dunia. Kami bermain dan telah bermain dengan beberapa pasukan peringkat atasan dan kami akan menjadi lebih baik,” ujarnya.
Sebelum ini England sah tersingkir daripada peringkat teratas Liga Negara-Negara apabila tewas 1-0 kepada Itali.
Susulan keputusan yang diraih England, Southgate telah dicemuh oleh beberapa penyokong di San Siro sekali gus menimbulkan tekanan buat dirinya menjelang perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Iran pada 21 November ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!