CEO Pfizer positif Covid-19 kali kedua
NEW YORK - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla dijangkiti Covid-19 buat kali kedua.
Bourla, 60, disahkan positif buat kali pertama pada Ogos lalu dan telah menerima rawatan antiviral Covid-19 syarikat itu, Paxlovid.
Paxlovid adalah ubat antivirus yang digunakan untuk merawat pesakit berisiko tinggi seperti warga emas.
Sebelum ini, Bourla telah menerima empat dos vaksin Covid-19 yang dibangunkan Pfizer dan rakan kongsi dari Jerman iaitu BioNTech. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!