Bomba selamatkan 14 kanak-kanak tadika terperangkap banjir

Kanak-kanak terperangkap akibat banjir yang berlaku di tadika mereka di Larkin diselamatkan anggota bomba pada Ahad.
Kanak-kanak terperangkap akibat banjir yang berlaku di tadika mereka di Larkin diselamatkan anggota bomba pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 14 kanak-kanak dan lima guru diselamatkan anggota bomba selepas mereka terperangkap di dalam banjir di bangunan tadika di Kampung Mohd Amin di sini pada Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Nazarudin Yusof berkata panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 9.30 pagi.

Anggota bomba melalukan pemantauan susulan banjir kilat di sekitar Larkin pada Ahad.
Anggota bomba melalukan pemantauan susulan banjir kilat di sekitar Larkin pada Ahad.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

"Seramai 14 kanak-kanak dan lima guru yang berada di tadika itu dilaporkan terperangkap dalam banjir. Anggota bomba bertindak memindahkan kesemua mereka ke tempat yang selamat," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Anggota bomba membantu memindahkan penduduk yang terperangkap akibat banjir di kediaman mereka di Kampung Baru Muafakat Gelang Patah pada Ahad.
Anggota bomba membantu memindahkan penduduk yang terperangkap akibat banjir di kediaman mereka di Kampung Baru Muafakat Gelang Patah pada Ahad.

Sementara itu di Iskandar Puteri, bomba bertindak menyelamatkan empat mangsa termasuk bayi yang terperangkap di kediaman mereka susulan banjir berlaku.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB), Mohd Khairi Zainudddin berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.42 pagi, seramai 11 anggota ke lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Banjir berlaku di Kampung Baru Muafakat Gelang Patah menjejaskan kawasan kediaman penduduk di situ.

"Anggota bomba bertindak menjalankan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa yang terperangkap terdiri," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!