Media perlu bersikap adil, profesional lapor berita

Lebih 40 wakil media terlibat dalam pertandingan boling ketika Majlis Mesra Media KeTSA di Bukit Kiara pada Ahad.
Lebih 40 wakil media terlibat dalam pertandingan boling ketika Majlis Mesra Media KeTSA di Bukit Kiara pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Media perlu bersikap adil dan profesional kepada semua pihak dalam melaporkan berita di platform masing-masing.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengakui media di Malaysia mempunyai nilai profesionalisme kewartawanan yang tinggi.

Menurutnya, media memberikan kerjasama yang baik sepanjang pengalamannya dalam bidang politik

“Saya bermula dari seorang majistret, peguam kemudian menjadi ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), ahli Parlimen pernah menjadi pembangkang dan sekarang dalam kerajaan, saya akui media di Malaysia beretika dan bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mesra Media KeTSA di Bukit Kiara di sini pada Ahad.

Takiyuddin memulakan pertandingan boling ketika Majlis Mesra Media KeTSA di Bukit Kiara pada Ahad.
Takiyuddin memulakan pertandingan boling ketika Majlis Mesra Media KeTSA di Bukit Kiara pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Menteri KeTSA, Datuk Ali Biju dan Ketua Setiausaha KeTSA, Datuk Rosli Isa.

Takiyuddin berkata, tanpa media membantu mungkin sukar untuk memberi penerangan dan maklumat kepada orang ramai apa yang kerajaan sedang buat dan juga usahakan.

Artikel Berkaitan:

“Saya dapati media sentiasa membantu bukan sahaja melibatkan media elektronik bahkan media cetak, portal dan media sosial dalam memberikan berita yang tepat dan pantas,” katanya.

Tambahnya, sokongan media dalam melaporkan pemberitaan yang telus turut membantu menyebar luas informasi berguna demi membentuk minda rakyat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!