Amaran hujan berterusan hingga esok di Sabah, Labuan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah dan Labuan hingga esok, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Dalam kenyataannya pada Ahad, MetMalaysia memaklumkan amaran itu meliputi bahagian pedalaman Sabah (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat.

Sementara itu, dalam satu lagi kenyataan, MetMalaysia memaklumkan Taufan Noru yang berada pada jarak kira-kira 1,156 kilometer (km) timur laut Sandakan, Sabah setakat jam 11 pagi tadi, tidak menimbulkan sebarang ancaman besar kepada negara.

Taufan tersebut bergerak ke barat pada kelajuan 20km sejam (km/j) dengan kelajuan angin maksimum 180km/j berada kira-kira 241km timur laut Manila, Filipina. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!