Buku jadi hantaran mas kahwin

Shantana (kiri) menerima buku daripada Nikhil sebagai mas kahwin. - Agensi
Shantana (kiri) menerima buku daripada Nikhil sebagai mas kahwin. - Agensi
A
A
A

DHAKA - Dua pasangan mempelai di daerah Chikasi, Bangladesh memilih buku sebagai mas kahwin pada hari pernikahan mereka baru-baru ini.

Pengantin lelaki, Nikhil Nuashad bersetuju menyerahkan 101 naskhah buku kepada pasangannya, Shantana Khatun sebagai mahar.

Hantaran mas kahwin itu menjadi perbualan tetamu dan penduduk kampung kerana kebiasaannya ia melibatkan emas, wang atau keperluan wanita.

Selain buku, Shantana turut menerima pin hidung, cincin dan 70 buah buku bernilai 11,000 taka (RM485).

Baki 31 buku lagi akan dibayar dan diserahkan secara berperingkat.

Pasangan pengantin baharu itu jatuh cinta menerusi penulisan puisi semasa mereka menuntut di sebuah kolej kerajaan.

Dalam pada itu, Nikhil memberitahu pemberita bahawa Shantana hanya mahukan 101 buku sebagai mas kahwin dan berharap kisah mereka akan menginspirasikan pasangan lain ke arah perkahwinan tanpa mahar. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!