Pelajar Malaysia ditahan di Mesir dibebaskan
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan malam ini berkata, mahasiswa itu berada dalam keadaan baik dan akan meneruskan pengajian di universiti terbabit.
Menurutnya, Kementerian Luar bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar Republik Arab Mesir melalui Kedutaan Malaysia di Kaherah serta Kedutaan Republik Arab Mesir di Kuala Lumpur bagi memastikan kebajikan mahasiswa itu terpelihara.
"Kerajaan Malaysia juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada kerajaan Republik Arab Mesir atas kerjasama erat dalam perkara ini,” katanya.
Saifuddin berkata, kementerian sentiasa prihatin akan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara.
Beliau juga menasihatkan rakyat Malaysia sentiasa peka dan mematuhi undang-undang negara tuan rumah di mana mereka berada. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!