Ketenangan kunci kejayaan Croatia

Pemain Croatia meraikan kejayaan mereka menewaskan Austria dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah awal pagi Isnin.
Pemain Croatia meraikan kejayaan mereka menewaskan Austria dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah awal pagi Isnin.
A
A
A

PENGENDALI Croatia, Zlatko Dalic memuji aksi ditampilkan anak buahnya selepas menewaskan Austria 3-1 sekali gus menempah slot separuh akhir kejohanan Liga Negara-Negara Eropah.

Menurut Dalic, dia mengakui perlawanan menentang Austria bukanlah satu tugas mudah namun ketenangan ditunjukkan anak buahnya pada perlawanan itu menjadi kunci kepada kemenangan mereka pada aksi tersebut.

Sejujurnya perlawanan ini bukanlah semudah yang kami sangkakan. Pasukan Austria kerap memberikan masalah kepada kami terutamanya di bahagian serangan.

“Bagaimanapun masalah itu dapat diatasi apabila pemain memberikan komitmen sepenuhnya dan menang dalam 90 minit masa perlawanan.

“Saya harap kejayaan ini dapat menyuntik semangat para pemain kerana selepas ini kami akan memberikan tumpuan penuh bagi aksi Piala Dunia,” katanya.

Pada aksi tersebut, gol Croatia dijaringkan Luka Modric, Marko Livaja dan Dejan Lovren, masing-masing pada minit ke-6, 69 dan 72 manakal gol saguhati Austria diraih pada minit ke-9.

Kemenangan tersebut menyaksikan Croatia menjadi juara kumpulan 1 liga A selepas mengumpul 14 mata dalam enam perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!