Kipchoge pecah rekod sendiri

Eliud Kipchoge mencipta sensasi apabila memecahkan rekod dunia miliknya di Maraton Berlin, pada Ahad.
Eliud Kipchoge mencipta sensasi apabila memecahkan rekod dunia miliknya di Maraton Berlin, pada Ahad.
A
A
A

BINTANG maraton Kenya, Eliud Kipchoge mencipta sensasi apabila memecahkan rekod dunia miliknya dengan perbezaan 30 saat apabila mencatat masa dua jam satu minit dan 10 saat di Maraton Berlin, pada Ahad.

Pada perlumbaan tersebut, atlet berusia 37 tahun itu dilihat akan menjadi pelari pertama mencatatkan masa di bawah dua jam, namun sedikit perlahan pada penghujung.

“Berlin merupakan satu tempat yang hebat. Tempat yang mana semua orang berpeluang untuk beraksi lebih daripada kemampuan mereka.

“Saya selalu berkata saya tidak percaya seseorang itu mempunyai had mereka yang tersendiri. Saya tahu apa itu had.

“Seperti yang saya selalu saya katakan manusia ini tiada had sekiranya mereka mahukan sesuatu kejayaan itu,” katanya.

Tempat kedua dimenangi seorang lagi atlet Kenya, Mark Korir dengan catatan masa 2:05:58s manakala atlet Ethiopia, Tadu Abate menduduki tempat ketiga dengan catatan 2:06:28s.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!