Lapan individu didakwa salah guna kad petrol PDRM
26 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 26 SEPTEMBER 2022
Lapan individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman atas dakwaan menyalahgunakan kad petrol milik Polis Diraja Malaysia, lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Tertuduh yang merupakan bekas pembantu pam berusia lingkungan 23 hingga 32 tahun itu didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan ketika bekerja di stesen minyak di Kemaman, Terengganu pada 2017.
Bagaimanapun, kesemua tertuduh tidak mengaku salah setelah 45 pertuduhan ke atas mereka dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azhani Azman dihadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.
Artikel: https://bit.ly/3LPPGqT
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa