Sibuk kempen, seluar Streram longgar

Dr S Streram -Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH
Dr S Streram -Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH
A
A
A

SEREMBAN - Jadual kempen yang padat membuatkan berat badan calon PH PRK DUN Rantau, Dr S Streram susut beberapa kilogram.

Pakar bius berusia 63 tahun itu berkata, beliau juga tiada selera makan kerana badan terlalu penat berkempen dari pagi hingga tengah malam.

"Saya perasan berat badan susut beberapa kilo kerana seluar sudah longgar. Lagipun bila terlalu fokus berkempen, saya lupa nak makan.

"Biasanya jika ada tempat yang saya pergi sediakan makan, barulah saya ingat mahu makan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Bilik Gerakan Utama PH hari ini.

Menurutnya, dalam tempoh berkempen waktu tidurnya hanya empat hingga lima jam sahaja.

Kata Streram, sebagai doktor, keadaan itu sudah biasa baginya yang kadang kala tidak cukup tidur kerana dipanggil bertugas pada waktu malam.

"Saya tak boleh tidur kerana nyawa pesakit dalam tangan saya. Tapi ada kalanya memang penat dan jika terlalu mengantuk saya akan tidur sekejap dalam kereta.

"Tapi sebagai doktor saya akan pastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik kerana itu juga yang selalu dinasihatkan kepada pesakit saya," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Streram nafi orang kanan ditahan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!