Ahli majlis ditahan lindungi, bersekedudukan warga asing

Lelaki terbabit menyorok dalam almari untuk mengelak ditahan.
Lelaki terbabit menyorok dalam almari untuk mengelak ditahan.
A
A
A

TAMPIN- Seorang ahli majlis wanita di Tampin ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan kerana dipercayai melindungi lelaki warga asing yang tidak memiliki dokumen sah di negara ini, selain didakwa bersekedudukan di sebuah rumah di Gemas, Tampin, di sini, semalam.

Menurut sumber, berdasarkan maklumat awal, lelaki berusia 34 tahun itu dikatakan telah menetap bersama wanita berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

“Namun status pernikahan pasangan ini diragui selain penduduk mendakwa tiada maklumat pasangan itu telah bernikah.

“Melalui aduan yang diterima juga, lelaki ini dipercayai menjual rokok seludup kepada penduduk kampung,” katanya.

Sumber berkata, bertindak atas maklumat, anggota Imigresen ke lokasi itu pada jam 6.15 petang dan lelaki tersebut cuba menyembunyikan diri dalam almari.

“Lelaki terbabit berjaya ditemui dan hasil pemeriksaan kami mendapati dia tidak memiliki pas atau permit yang sah di negara ini. Pada masa sama pasport miliknya tamat tempoh.

“Status perkahwinan pula mereka beritahu telah bernikah di Thailand beberapa tahun lalu dan kami menyarankan mereka mendaftarkan perkahwinan secara sah sekiranya benar telah bernikah. Bagaimanapun, kami tidak mengambil tindakan kerana tidak melibatkan tugas jabatan ini,” katanya.

Katanya, wanita berusia 45 tahun itu pernah berkahwin dengan lelaki tempatan pada 2010 sebelum bercerai pada Jun 2013 namun beberapa tahun kebelakangan ini dia tinggal bersama lelaki warga asing itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Mohammed Khalil Ali ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/ 63 kerana tinggal lebih masa.

“Wanita berkenaan telah dikenakan saman untuk hadir ke pejabat bagi memberikan keterangan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!