Dua beranak maut langgar ayam hutan

Kemalangan yang meragut nyawa bapa dan anaknya selepas melanggar seekor ayam hutan kilometer (KM) 39.5 Jalan Kota Tinggi-Kluang.- Foto ihsan polis.
Kemalangan yang meragut nyawa bapa dan anaknya selepas melanggar seekor ayam hutan kilometer (KM) 39.5 Jalan Kota Tinggi-Kluang.- Foto ihsan polis.
A
A
A

KOTA TINGGI- Seorang bapa dan anaknya maut selepas motosikal dinaiki melanggar seekor ayam hutan yang secara tiba-tiba melintas dalam kemalangan di kilometer (KM)39.5 Jalan Kota Tinggi - Kluang berhampiran sebuah stesen minyak di Pengeli Timur di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Suprintendan Hussin Zamora berkata, mangsa yang berusia 40 tahun dan anak lelakinya berumur sembilan tahun maut di tempat kejadian.

Katanya, siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Bandar Tenggara menghala ke Felda Pengeli Timur.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang telah hilang kawalan akibat melanggar seekor ayam hutan yang secara tiba-tiba melintasi jalan.

"Akibatnya motosikal itu terbabas ke kawasan rumput di bahu kiri jalan dan melanggar sebatang pokok di bahu kiri jalan tersebut.

"Orang awam yang melalui jalan tersebut pada jam 7.40 malam telah menyedari motosikal yang terbabas itu dan bertindak memaklumkannya kepada polis," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Hussin, siasatan lanjut masih diteruskan bagi memastikan punca kejadian sebenar dan kes disiasat Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!