Pound British susut paras terendah dalam sejarah

Pound British jatuh hampir tiga peratus berbanding dolar AS pada pagi Isnin dan mencecah rekod paras terendah dalam dagangan awal, menurut data dagangan. - Foto 123RF
Pound British jatuh hampir tiga peratus berbanding dolar AS pada pagi Isnin dan mencecah rekod paras terendah dalam dagangan awal, menurut data dagangan. - Foto 123RF
A
A
A

POUND British jatuh hampir tiga peratus berbanding dolar AS pada pagi Isnin dan mencecah rekod paras terendah dalam dagangan awal, menurut data dagangan.

Sputnik melaporkan setakat 04:46 GMT, paun susut 2.77 peratus kepada AS$1.0555 daripada penutupan sebelumnya pada AS$1.0856.

Pada kira-kira 01:00 GMT, mata wang itu menjunam ke paras terendah baharu kepada AS$1.0384.

Pada masa sama, euro merosot kepada AS$0.9635 berbanding dolar AS berbanding penutupan sebelumnya pada AS$0.969.

Yen Jepun mencatat paras 144.06 setiap dolar AS berbanding penutupan pada 143.32. Indeks dolar (kadar tukaran asing berbanding sekumpulan mata wang enam rakan dagangan AS) meningkat 0.68 peratus kepada 113.95 mata.

Pada Jumaat lepas, Canselor Perbendaharaan Kwasi Kwarteng United Kingdom (UK) melancarkan pelan pertumbuhan bernilai 60 bilion pound baharu bagi menyokong ekonomi negara itu, di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup.

Pelan itu termasuk membatalkan rancangan kenaikan cukai perbadanan, dengan mengekalkannya pada paras terendah dalam G20, pada 19 peratus.

Menurut Ray Attrill, ketua strategi mata wang di National Australia Bank, pelabur bimbang terhadap skala keperluan pembiayaan kerajaan UK untuk jangka pendek untuk pelan berbilion paun itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!