PJ City FC ikat Pahang 1-1
KUANTAN- Skuad Tok Gajah terpaksa berputih mata untuk meraih tiga mata berharga selepas sekadar seri 1-1 ke atas Petaling Jaya City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam ini.
Skuad kendalian Dollah Salleh itu terpaksa menunggu hingga separuh babak kedua perlawanan untuk memecahkan kebuntuan gol hasil sepakan percuma yang berjaya disempurnakan penyerang Ze Love pada minit ke 49.
Sebelum itu tuan rumah dikejutkan dengan gol pembukaan perlawanan menerusi jaringan penyerang lawan Mohd Safee Sali menewaskan penjaga gol Pahang Mohd HelmI Eliza Elias pada minit ke 32.
Tuan rumah seakan buntu mencari penyudah selepas terlepas beberapa peluang keemasan untuk menambahkan jaringan.
Kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan Suhaimi Mat Hassan.
Keputusan tersebut menyaksikan Pahang masih kekal di tangga kedua dengan 18 mata di belakang peneraju liga setakat ini, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mengumpul 20 mata.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!