Rentasi 33 negara sejauh 95,000 km dengan kereta elektrik

Wakker tersenyum gembira selepas menamatkan perjalanan sejauh 95,000 kilometer.
Wakker tersenyum gembira selepas menamatkan perjalanan sejauh 95,000 kilometer.
A
A
A

SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang lelaki warga Belanda menamatkan perjalanan 95,000 kilometer dengan kereta elektrik di Sydney, hari ini dalam usaha untuk membuktikan daya maju kenderaan sedemikian dalam menangani perubahan iklim.

Wiebe Wakker memandu kereta digelar The Blue Bandit itu merentasi 33 negara yang disebut sebagai perjalanan dengan kereta elektrik paling lama di dunia.

Laluan dari Netherlands ke Australia itu mengambil masa lebih tiga tahun dan dibiayai dana awam dari seluruh dunia termasuk bekalan kuasa elektrik untuk mengecas kereta itu, bekalan makanan dan tempat tidur Wakker.

Dia turut melalui pelbagai negara termasuk Turki, Iran, India, Myanmar, Indonesia termasuk Malaysia.

"Saya mahu mengubah pendapat orang ramai dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mula memandu kereta elektrik. Ia mungkin boleh menjadi pengangkutan seharian untuk masa akan datang," katanya.

Jelasnya, sebelum kereta itu diubahsuai, ia mungkin memerlukan 6,785 liter petrol untuk menghabiskan perjalanan tersebut.

Kenderaan tersebut boleh bergerak sejauh 200 kilometer untuk sekali pengecasan dan Wakker telah menghabiskan AS$200 (RM818) untuk bekalan elektrik terutamanya di kawasan gurun terpencil di Australia. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!