Bakal lahir 15,000 graduan mahir

A
A
A

Azmir (dua dari kiri) bersama penerima anugerah perantis terbaik masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM500.
Azmir (dua dari kiri) bersama penerima anugerah perantis terbaik masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM500.

Sasaran McDonald's Malaysia menerusi Program Perantis Vokasional McDonald's

KUALA SELANGOR - McDonald’s Malaysia menyasarkan untuk menyedia dan melahirkan seramai 15,000 graduan menerusi Program Perantis Vokasional McDonald’s dalam tempoh empat tahun dari sekarang.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, program latihan berasaskan industri itu menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas.

Menurut Azmir, program berkenaan adalah hasil kerjasama McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh kementerian itu.

Beliau berkata, setelah tamat program, pelajar dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang ditauliahkan oleh KSM seterusnya layak bekerja di restoran McDonald’s atau mana-mana syarikat dalam industri perkhidmatan makanan.

“Sejak 2018, ProgramPerantis Vokasional McDonald’s ini disertai oleh lebih 3,500 belia daripada pelbagai latar belakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri hospitaliti atau makanan dan minuman (F&B).

“Kami juga menggalakkan belia asnaf untuk menyertai program perintis dalam usaha menaik taraf kehidupan mereka seterusnya boleh terus bekerja bersama McDonald’s,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Azmir berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Konvokesyen Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia Kali Ke-3 di Kampus Puncak Alam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor, di sini pada Selasa.

Pada majlis berkenaan, lebih 400 graduan diraikan selepas berjaya menamatkan latihan di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.

Di samping itu, Akademi Vokasional McDonald’s juga telah menyampaikan Anugerah Perantis Terbaik kepada graduan Mohd Danial Yahya (Penilaian Teori), graduan Abdul Khan Edwin (Penilaian Praktikal) dan graduan Khor Wei Nern (Keseluruhan).

Penajaan penuh

Dalam pada itu, Azmir berkata, belia yang menyertai program berkenaan akan ditaja sepenuhnya melibatkan elaun bulanan, tempat tinggal, manfaat perubatan dan insurans serta makan minum percuma.

AZMIR
AZMIR

“Sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s Malaysia 2026, syarikat akan melabur sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang untuk membuka 205 restoran baharu, menjadikan jumlah keseluruhannya 500 restoran McDonald’s di seluruh Malaysia.

“Dengan pertumbuhan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya kepada rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baharu di bawah Program PerantisVokasional McDonald’s,” jelasnya.

Beliau berkata, selain Program Perantis Vokasional McDonald’s, restoran khidmat segera ini juga mempunyai inisiatif pembangunan bakat lain seperti Program Perantis Pengurusan McDonald’s,

Program Latihan Industri dan Program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“McDonald’s Malaysia juga akan melaburkan sejumlah RM300 juta untuk program latihan dan pembangunan menjelang 2026,” tambahnya.

Jaminan kerjaya

Azmir (duduk, tengah) bersama sebahagian daripada para graduan Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia di UiTM Puncak Alam.
Azmir (duduk, tengah) bersama sebahagian daripada para graduan Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia di UiTM Puncak Alam.



Sementara itu, Wei Nern yang ditemani keluarganya berkata, ketika ini dia bekerja di McDonald’s Bandar Seri Putra dan tidak menyangka terpilih sebagai Perantis Terbaik (Keseluruhan).

“Namun demikian saya amat berbangga, bapa juga berbangga dan keluarga tidak menyangka saya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan bekerja di McDonald’s,” kata anak kelahiran Nilai, Negeri Sembilan ini.

Rakannya, Mohd Danial yang merupakan Perantis Terbaik (Penilaian Teori) dari Johor Bharu pula berkata, McDonald’s memberikan jaminan kerjaya selain menjadikan dirinya sebagai belia berdaya saing.

“Saya mula bekerja di McDonald’s sebaik tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan melihat jenama ini memberi jaminan kerjaya yang baik pada masa depan.

“Ilmu yang diperoleh sepanjang latihan akan digunakan sebaik mungkin dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan,” kata anak sulung daripada empat beradik ini.

Bagi mereka yang berminat menyertai Program Perantis Vokasional McDonald’s, sila layari https://www.maukerja.my/ mcd/

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!