Sentimen DAP berkuasa jika PH menang modal lama

MK Ibrahim
MK Ibrahim
A
A
A

SEREMBAN - Dakwaan yang DAP akan berkuasa jika Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya untuk menakut-nakutkan rakyat terutama orang Melayu.

Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman berkata, gabungan itu telah membuktikan hak dan keistimewaan orang Melayu tidak terganggu dan Perdana Menteri tetap dipilih dalam kalangan orang Melayu apabila PH berjaya memerintah kerajaan selepas PRU14.

"Dulu, kenyataan begitu (DAP berkuasa) selalu dikatakan oleh pemimpin UMNO yang mana mereka nak menakut-nakutkan orang Melayu supaya jangan memilih PH.

"Agaknya untuk PRU15 ini, UMNO subkontrak peranan itu pada MIC pula kerana mereka tiada modal untuk meraih undi rakyat melainkan dengan kenyataan provokasi sebegitu," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang DAP akan menjadi penentu pemerintahan negara jika Pakatan PH menang PRU15 walaupun Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, MK Ibrahim berkata, kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP telah membuktikan tiada penindasan berlaku terhadap orang Melayu di sana begitu juga dengan agensi agama yang turut diberi peruntukan.

Ujarnya, budaya menakut-nakutkan rakyat dengan memainkan isu kaum sebegitu adalah tidak sihat dan boleh menggugat keamanan negara.

"Kita rakan gabungan pun tidak akan biarkan jika ada hak dan keistimewaan orang Melayu diganggu gugat.

Artikel Berkaitan:

"Bagi saya Saravanan tiada modal," jelas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!