Uruguay tanpa Araujo di Piala Dunia

Araujo (depan) mengalami kecederaan pada awal babak pertama ketika aksi persahabatan Uruguay menentang Iran. Foto goal.com
Araujo (depan) mengalami kecederaan pada awal babak pertama ketika aksi persahabatan Uruguay menentang Iran. Foto goal.com
A
A
A

PERTAHANAN Uruguay, Ronald Araujo terpaksa menelan kepahitan apabila terpaksa melupakan Piala Dunia kerana akan menjalani pembedahan pangkal paha.

Menurut kelab Barcelona, pertahanan tengah itu bakal diketepikan antara dua hingga tiga bulan sekali gus terlepas aksi di Qatar yang bermula pada 20 November.

Pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan pada aksi persahabatan menentang Iran minggu lalu.

Dia memilih untuk dibedah berbanding menjalani rawatan konservatif.

Araujo bertemu dengan jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez dan pegawai perubatan kelab pada Isnin bagi membincangkan proses rawatan dan pemulihan.

“Pembedahan itu akan dipantau petugas perubatan kelab di Turku, Finland.

“Sejurus pembedahan selesai, kenyataan perubatan terbaru akan dikeluarkan,” lapor Barcelona.

Araujo juga bakal terlepas aksi penting kelab termasuk baki saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dan Clasico pada 16 Oktober.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!