Muhyiddin kecewa hanya 16 perakuan MPN dilaksana kerajaan

Perakuan MPN kepada kabinet adalah penting untuk membantu memulihkan industri terutamanya PMKS. - Foto Bernama
Perakuan MPN kepada kabinet adalah penting untuk membantu memulihkan industri terutamanya PMKS. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kekecewaannya selepas hanya 16 daripada 69 perakuan majlis itu selesai dilaksanakan kerajaan sejak setahun yang lalu.

Jelasnya, perakuan MPN kepada kabinet adalah penting untuk membantu memulihkan industri terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menyumbang 37 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

"Kelewatan bertindak dalam hal ini adalah sesuatu yang tidak dapat diterima," katanya.

Menurutnya, perakuan PMKS yang telah diangkat ke kabinet pada 18 Mei lalu menimbulkan persoalan adakah ia tidak dibincangkan di dalam mesyuarat atau tidak dibincangkan secara terperinci.

"Saya berasa agak hairan kerana Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenai perakuan ini telah diangkat," katanya.

Beliau berkata, perakuan berkaitan isu kekurangan pekerja asing sehingga menjejaskan produktiviti dan merencatkan proses pemulihan negara merupakan prestasi kerajaan yang tidak memberangsangkan.

Artikel Berkaitan:

"Sebarang kelewatan tindakan kerajaan dalam memacu pemulihan negara akan memberi kesan buruk kepada rakyat," katanya.

Muhyiddin berkata, beliau tidak berniat untuk menuding jari kepada mana-mana pihak.

"Tujuan saya adalah supaya semua pihak sedar bahawa negara kita tidak berada dalam situasi yang baik pada masa ini," katanya.

Walaupun terdapat petunjuk-petunjuk yang positif dari segi kadar pertumbuhan, penggunaan, pengangguran dan lain-lain namun kata bekas Perdana Menteri itu, ianya hanyalah bersifat sementara sebelum negara berhadapan dengan jangkaan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun hadapan.

"Jika langkah-langkah segera tidak diambil untuk memperbaiki keadaan sekarang, rakyatlah yang akan menanggung sengsara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!