Kepala murid darjah 4 tersangkut kon

Anggota bomba berusaha mengeluarkan kepala seorang murid lelaki yang tersangkut kon di sebuah sekolah di Pontian pada Selasa. - Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba berusaha mengeluarkan kepala seorang murid lelaki yang tersangkut kon di sebuah sekolah di Pontian pada Selasa. - Foto Ihsan Bomba
A
A
A

PONTIAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa berdepan detik cemas apabila kepalanya tersangkut kon hampir setengah jam dalam kejadian di sebuah sekolah di sini pada Selasa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP), Mohd Ezal Azman berkata, sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.28 petang.

Katanya sebaik tiba, anggota bomba mendapati kepala mangsa tersekat pada kon.

"Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa bermain dengan rakannya sewaktu hendak pulang dari sekolah.

"Anggota bomba kemudian memotong kon itu menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan kepala mangsa dalam keadaan selamat. Operasi ditamatkan pada jam 1.55 petang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!